Tips Untuk Membakar Lebih Kalori Mulai Hari Ini

gambar bakar kalori bukan petrol
gambar bakar kalori bukan petrol oleh Pranav Bhatt

 

Lemak yang telah hilang dan otot yang terbentuk mampu mengubah rupa bentuk fizikal badan secara menyeluruh. Banyak kaedah yang boleh dipilih seperti bersenam ataupun mengamalkan diet tertentu. Berikut adalah antara idea mudah yang boleh dilakukan untuk mencapai bentuk fizikal badan yang sihat.

Bagi sesetengah individu bersenam adalah perkara yang berat untuk dilakukan dan bukan pilihan utama.  Ramai yang suka memilih jalan singkat dan mudah dengan memilih cara berdiet. Berikut adalah 5 idea yang mungkin dapat membantu anda membina otot tanpa lemak dengan cepat –

1. Memakan Lebih Sayuran

Sayur- sayuran adalah makanan sihat yang kaya dengan serat. Ia dapat membantu anda berasa kenyang dan membantu mengawal tahap kalori darah. Jadikan rutin harian anda dengan  mengambil lebih sayuran untuk memastikan perkembangan yang sistematik. Ia juga  akan membantu membakar lemak yang terkumpul di dalam badan.

Sayuran dan buah-buahan beku juga adalah sangat baik. Ia mempunyai  konsentrasi nutrisi yang sangat tinggi berbanding dengan yang segar. Ini adalah kerana, ia disimpan di dalam peti sejuk sebelum disediakan.

2. Mengambil Snek

Memakan snek yang menyihatkan adalah sangat baik. Kismis, kekacang seperti badam, sayuran seperti salad dan buah- buahan juga sangat digalakkan. Elakkan dari mengambil buah- buahan yang telah dikeringkan kerana ia mengandungi kandungan fruktosa yang sangat tinggi. Kacang campuran juga mengandungi jumlah kalori yang  tinggi.

3. Mengambil Lebih Kekacang

Menambah kekacang ke dalam yogurt anda juga adalah baik. Kacang- kacang yang telah dicincang adalah lebih baik berbanding yang disaluti tepung dan digoreng.

4. Mengambil Kumpulan Makanan Terpilih

Memilih kumpulan makanan yang tertentu dapat meningkatkan metobolime badan. Mengambil karbohidrat adalah bagus kerana ia kaya dngan serat. Ia mengambil masa yang lama untuk dihadam dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Pengambilan makanan yang mengandungi protein juga adalah sangat digalakkan dan sangat penting. Mengikut kajian, protein dapat membakar lebih kalori di dalam badan. Ia dapat menghalang pembentukan lebihan lemak dan karbohidrat  kompleks di dalam sistem badan.

Mengikut satu kajian yang di jalankan dan diterbitkan di American Journal of Physiology, menerangkan dengan mengambil lebih protein dapat membantu mengurang berat badan. Satu kumpulan telah diberi makanan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi, bagi setiap satu gram per paun daripada berat badan, dan satu lagi kumpulan mengambil diet protein bersamaan dengan RDA.

Didapati, kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi konsentrasi  protein menggunakan lebih kalori berbanding dengan kumpulan yang mengambil konsentrasi protein bersamaan dengan RDA.

Bagaimana Membakar Lemak Dan Membentuk Otot Tanpa Lemak.

Mengambil lebih protein adalah sangat digalakkan. Ini bagi memastikan bekalan daripada asid amino di dalam badan stabil oleh itu protein yang di ambil dapat ditukar menjadi tenaga. Mengekalkan diet yang tinggi fiber juga adalah baik.

5. Mengambil Yogurt

Mengambil yogurt dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan otot tanpa lemak. Satu kajian yang telah dijalankan melibatkan sekumpulan obese diberikan yogurt setiap hari selam 12 hari berturut- turut dapat mengurangkan sebanyak 22 peratus daripada berat badan mereka. 61 peratus dan 81 peratus lemak di dalam badan dan perut,   masing- masing mengambil kalori yang sama tetapi tidak mengandungi produk tenusu.

Elakkan daripada mengambil yogurt yang mengandungi kandungan gula. Menambah buah-buhan segar ke dalam yogurt juga adalah digalakkan. Ia dapat mengekalkan bekalan protein kepada badan anda.

Kesimpulannya, dengan mengamalkan tip -tip  di atas anda akan berpuas hati melihat betapa cepatnya anda mendapatkan otot tanpa lemak. Mengamalkan diet yang sihat juga membatu anda mencapai objektif anda.

 

 

 

5 Mitos Yang Biasa Didengar Mengenai Mengurangkan Berat Badan

Banyak mitos mengenai cara mengurangkan berat badan yang lazim didengar, mungkin dapat menjejaskan proses mengurangkan berat badan walaupun prosesnya belum bermula. Adalah penting mengenal pasti mitos, petua mahupun idea yang kita dapat itu benar- benar sesuai dan boleh diguna pakai, dengan diri kita supaya objektif untuk mengurangkan berat badan dapat dicapai. Lima mitos mengenai cara mengurangkan berat badan diterangkan seperti di bawah:-

The best weight loss tips for you ! oleh Tanvir Sajib
The best weight loss tips for you ! from Tanvir Sajib

1.            Berdiet tidak memberikan hasil yang diingini

Ia berhasil. Secara pratikal, segala diet jika dicuba mampu memberikan hasil, walaupun  hasilnya hanya untuk tempoh yang pendek. Anda boleh mengurangkan berat badan dengan cepat dengan menggunakan kaedah- kaedah  yang efektif. Walau bagaimanapun , untuk mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat badan yang ideal untuk jangka panjang adalah penting untuk mengubah gaya hidup anda.

Ramai yang berdiet dan dapat mengurangkan berat badan mereka tetapi kembali ke gaya hidup mereka yang dulu. Ini tidak akan membantu, kerana gaya hidup yang diamalkan dululah punca berat badan anda berlebihan. Apabila melihat skala penimbang, dan berat anda naik mendadak, mula rasa berdiet tidak memberikan kesan ke atas proses mengurangkan berat badan, daripada mengurangkan gaya hidup anda menyalahkan diet tidak efektif.

2.            Adalah Salah Mengurangkan Kalori

Mengurangkan pengambilan kalori dan berpuasa boleh mengurangkan berat badan secara efektif. Apabila defisit kalori di dalam badan meningkat, badan cenderung untuk membakar lemak kepada tenaga, tetapi perlu dilakukan dengan cara yang betul. Anda tidak perlu mengurangkan kalori untuk selamanya. Badan anda perlukan kalori dalam tempoh beberapa hari untuk meningkatkan metabolisme badan.

3.            Hanya untuk mendapatkan otot yang cantik

Tiada istilah dalam mendapatkan otot badan yang cantik, tegang, besar atau sebagainya. Anda boleh membina otot dan membakar lemak tetapi itu sahaja. Ramai yang berpendapat dengan mendapatkan otot yang besar dan sebagainya dapat membakar lemak dan di dalam masa yang sama memelihara otot dari lemak. Sangat dinasihatkan supaya tidak menghilangkan otot badan dan lemak dalam masa yang sama, kerana ini akan membuatkan badan anda  nampak lebih kecil dan gempal.

4.            Anda Tidak Dapat Makan Makanan Kegemaran Anda Lagi

Ini adalah tipu semata- mata. Tentu sekali anda boleh makan kegemaran anda. Cuma anda tidak boleh makan sesuka hati pada bila-bila masa yang anda suka. Tetapi tidak bermakna anda tidak boleh makan pizza, ais krim atau kentang goreng lagi.

5.            Senaman Ringan Adalah Cara Terbaik Untuk Mengurangkan Berat Badan

Ia boleh menjadi salah satu cara efektif untuk mengurangkan berat badan, jika dibuat dengan betul. Jika anda tidak berusaha keras, ia tidak akan menunjukkan hasil. Cara terbaik ialah dengan menggabungkan dengan latihan berat untuk meningkatkan tenaga dan jisim serta latihan rep tinggi yang ringan dapat memfokuskan pengumpulan asid laktik.

Pengumpulan asid laktik di dalam badan menentukan perubahan keadaan asid dalam saluran darah. Badan bertindak dengan menggalakkan pertumbuhan hormon yang membantu di dalam mengurangkan berat badan dan menjaga otot.

Kesimpulannya

Adalah sangat penting mengambil tahu mengenai mitos- mitos, petua dan idea ini di dalam proses mengurangkan berat badan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Jadi anda sudah faham dengan jelas mengenai mitos- mitos ini, anda boleh merancang bagaimana anda ingin mengurangkan berat badan dan mula  mengamalkan gaya hidup yang sihat.