Kajian Terperinci : Mengurangkan Berat Badan Dengan Raspberry Ketone

Berat badan yang berlebihan adalah antara masalah kesihatan yang biasa  terjadi kepada ramai individu, ramai juga yang mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini. Kebanyakan produk konvensional yang ada di pasaran untuk mengurangkan berat badan tidak  berkesan dan efektif untuk mengurangkan berat badan. Pelbagai jenis produk dipasarkan seperti minuman, herba dan juga pil diet memasuki pasaran dan mengakui dapat membantu mengurangkan berat badan. Sebagai pengguna anda haruslah bijak memilih dan mengkaji sesuatu produk suplemen yang ingin diambil. Salah satu produk suplemen yang terbaru di pasaran kini ialah Raspberry Ketone.

Apakah Raspberry Ketone?

Raspberry Ketone ialah bahan semulajadi yang terdapat di dalam raspberry merah, dan ia mampu memberikan aroma yang sangat kuat. Ia juga terdapat di dalam kranberi, beri hitam dan juga kiwi tetapi di dalam kuantiti yang kecil. Sekian lama,Raspberry Ketones banyak digunakan di dalam bidang kosmetik, sebagai bahan tambahan dalam minuman ringan, ais krim dan perasa tambahan dalam makanan. Sehinggalah kini ia menjadi sangat popular digunakan untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Ramai yang berasa teruja mengetahui apabila raspberry digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana faktor semujadi, tetapi ia tidak digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan  produk suplemen. Kerana proses mengekstrak raspberry sangat mahal, maka raspberry yang telah di gunakan ialah yang telah dihasilkan secara sintetik.

Bagaimanakah Suplemen Semulajadi ini bertindak?

Raspberry Ketones terbukti mampu meningkatkan tahap adiponectin di dalam saluran darah. Adiponectin ialah protein yang membantu mengawal metabolisme, terutama asid lemak yang terdapat di dalam sel lemak. Ramai pakar yang terlibat dengan formula mengurangkan berat badan mengakui kehadiran adiponectin di dalam badan meningkatkan kemampuan badan membakar lemak kepada tenaga di dalam proses yang dikenali sebagai lipolysis.

Kebaikan Menggunakan Raspberry Ketone

Rasberry Ketone mempunyai banyak kebaikan didalam kesihatan secara menyeluruh. Tetapi, bahagian yang ia benar- benar berkesan ialah dalam mengurangkan berat badan. Suplemen ini dapat meningkatkan pengeluaran dua hormon di dalam badan iaitu adiponectin dan norepinephrine.

Berikut adalah  antara kepentingan setiap satu hormone :

Kepentingan Norepinephrine

1)Mengurangkan tahap gula dalam darah

 

2) Membantu mengurangkan rasa bimbang dan kemurungan

 

Kebaikan Adiponectin

 

1) Meningkatkan kecekapan dalam mengawal tahap gula dalam saluran

 

2) Membantu memecah lemak di dalam badan.

 

Selain daripada kebaikan yang diterangkan seperti diatas, ia juga mempunyai kebaikan lain iaitu:

 

1) Dapat megurangkan berat badan sehingga 5 paun dalam masa seminggu.

 

2) Meningkatkan kadar metobolisme badan.

 

3) Menguatkan imun sistem badan.

 

4)Meningkatkan tenaga di dalam badan

 

5) Membantu  mendetoxkan badan

 

Kajian dan Penyelidikan Yang Telah Dijalankan Ke Atas Bahan Semulajadi Ini

Telah banyak kajian yang telah membuktikan keberkesanan Raspberry Ketone. Apabila kajian dibuat, pakar telah membuktikan kemampuan suplemen ini untuk mengurangkan berat badan, dalam satu ujian yang dilakukan menggunakan seekor tikus sebagai bahan kajian, mereka telah mengasingkan sel lemak tikus tersebut di dalam sebuah tabung uji, kemudian mereka telah menambah Raspberry Ketone ke sel – sel tersebut dah hasilnya ialah :

1) Suplemen ini telah dapat memecahkan lemak di dalam sel lemak dengan meningkatkan sensitiviti sel lemak terhadap norepinephrine, iaitu hormon pembakar lemak.

2) Suplemen ini meningkatkan pengeluaran hormon adiponectin di dalam sel lemak, yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisme.

Kajian lain yang juga dijalankan ke atas tikus sebagai bahan ujian dimana, satu kumpulan tikus yang telah diberi makan pil gemuk dan satu kumpulan lagi diberikan Raspberry Ketones. Pada akhir kajian, tikus yang telah diberi makan pil gemuk mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10 peratus lebih daripada yang telah diberi Rasberry Ketones. Kajian juga telah dijalankan ke atas sekumpulan individu yang mengambil 200 miligram daripada suplemen ini digabungkan dengan 1,200 mg Vitamin C untuk tempoh 4 minggu. Pada akhir tempoh kajian,kumpulan  individu tersebut telah dapat mengurangkan berat badan dan lemak dalam badan. Aturan pengambilan diet Raspberry Ketones yang perlu diambil kira sebelum membeli produk suplemen ini ialah :

1) Pastikan ia dihasilkan dari USA.

Anda perlu pastikan produk suplemen Raspberry Ketones yang anda beli datang dan dihasilkan dari USA kerana setiap pengeluaran dari China dihasilkan menggunakan formula yang mengandungi kimia yang membahayakan kesihatan.

2) Beli produk yang telah dikawal selia FDA dan mempunyai piawaian dan pengiktirafan oleh GMP.

Produk suplemen yang telah dikawal selia secara teliti di fasiliti terpilih ini mempunyai kualiti dan tahap keberkesanan yang tinggi. Harga yang sedikit  tinggi  adalah kerana kualitinya yang baik dan mampu memberikan anda kesan yang anda inginkan.

3) Pastikan anda mendapatkan Raspberry Ketones yang asli tanpa perasa dan pewarna tambahan

Banyak pengeluar yang mengaku mengeluarkan Raspberry Ketones yang asli tetapi banyak bahan lain yang telah dicampur seperti Acai, Ekstrak Green Tea, Kafein, Ephedrine dan sebagainya.

Periksa dengan teliti label Raspberry Ketones

Anda tidak mahu bahan lain yang ditambah memberikan anda kesan sampingan lain yang membuatkan anda berasa mual, pening dan tidak sihat, maknanya, Raspberry Ketones yang dibeli tiada campuran Ephedrine di dalamnya, cuma Raspeberry Ketones yang asli dan tulen 100 peratus!!

4) Setiap botol Raspberry Ketones yang diambil tidak akan mengurangkan lebih daripada 30 paun

Anda boleh mengurangkan berat badan sekurang- kurangnya 7 paun dalam masa seminggu menggunakan suplemen ini, tetapi jika ada yang menjanjikan lebih daripada 30 paun untuk setiap satu botol ( 30-60 kapsul) yang diambil, anda perlu lebih berhati – hati semasa memilih.

5) Cari penjual yang memberikan percubaan percuma

Sesetengah pengeluar menawarkan percubaan percuma untuk percubaan kali pertama Raspberry Ketones. Jangan lepaskan peluang ini dan cuba produk ini dan lihat sendiri keberkesanannya membantu anda mengurangkan berat badan.

Dos Yang Disyorkan

100 peratus Rapsberry Ketone asli  (100 mg. per kapsul)

Ambil satu kapsul 100mg sebelum sarapan pagi, anda boleh tambah 2-3 kapsul jika perlu.

Kesimpulan

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuktikan keberkesanan Raspberry Ketone dalam membantu mengurangkan berat badan. Tetapi, ramai pengkritik yang tidak puas hati dengan kajian yang dijalankan menggunakan tikus sebagai bahan kajian kerana ia tidak dapat memberikan bukti yang kukuh dan efektif manakala kajian yang dijalankan ke atas kumpulan individu pula tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Walau bagaimana pun, ramai yang telah menggunkan suplemen ini telah mengakui dapat membantu  mengurangkan berat badan. Mungkin ia bukan pil ajaib, tetapi ia pasti dapat menghilangkan lemak- lemak yang tidak diingini!